July 11, 2011

Inikah Pengakhirannya? :(

Semua orang tahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Dan setiap ibu juga pasti menyimpan azam untuk menyusukan anak mereka selama. 2 tahun.

Saya juga begitu. Sejak mengandung lagi, dah berazam untuk menyusukan bayi saya sehingga usianya 2 tahun. Persiapan dibuat! Ilmu dituntut! Internet menjadi sumber mencari informasi mengenai penyusuan. Forum diskusi terutamanya Ratuhati dan Susuibu adalah sumber rujukan utama.

Kelengkapan juga hampir complete. Pam sampai 2 jenis. Spectra 3 dan juga Avent manual. Beli lagi peti ais sejuk kecil (mini bar) dan letakkan di ofis supaya dapat menyimpan susu dengan senang hati ( tak yakin kalau simpan susu guna icepack je).

Namun, sejak 3 minggu lepas sebelah cik B di serang Mastitis. Sakit sangat2 sampai guling2. Pergi jumpa doctor, doctor bagi pain killer dan juga antibiotik. Doctor kata, selepas 3hari datang jumpa beliau semula untuk follow up. Kalau masih sakit, doctor akan rujuk saya ke Breast Clinic. Selepas 3 hari, alhamdulillah dah tak rasa sakit. Jadi doctor hanya bagi antibiotik sikit lagi.

Namun, rupanya setelah habis semua ubat, sakitnya menyerang lagi. Ya Allah sakitnya, hanya Engkau sahaja yang tahu. Akibat tak tahan sangat, hampir tengah malam, pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah pulak. Doctor bagi lagi pain killer dan antibiotik yang lebih kuat. Entah kenapa rasa sakit tu belum hilang. Akibatnya saya hanya menyusu Humaira dengan sebelah B sahaja. Sebelah lagi saya pam.

Tapi tadi bila pam selama hampir setengah jam, hanya 3 titl susu sahaja yang keluar. B pun tak bengkak sangat dah. Akibat masih sakit dan takut bertambah2 sakit di tengah2 malam ni, maka saya pun berhenti mengepam.

Rasa sedih sangat bila perkara ni berlaku. Adakah perjalanan penyusuan saya akan berakhir di sini sahaja? Tidakkkk.. Saya masih belum bersedia untuk berhenti menyusukan Humaira. She's still small. Hari ni genap umur Humaira 9 bulan.. Sedihnya. Malam kemarin, saya cuba juga bagi dia susu formula. Dia tolak sambil menangis. Sedihnya rasa. Hati ibu mana yang sampai hati melihat anaknya menangis begitu kan. Jadi walaupun sakit sangat2, saya menyusukan juga Humaira. Dia terus diam dan sambung tidurnya. Wuaaa... Humaira, camna nih.. Mommy in pain.. :( kita doa sama2 ye mudah-mudahan mommy akan cepat sembuh dan dapat terus menyusukan Humaira dengan susu mommy k... Love you baby..

7 comments:

Norah said...

Oh my, sakitnya bila kena mastitis kan.. so camne today? any better? doa byk2 ye chenan.. I hope hg dapat continue to feed her as usual after this.. Insya Allah..

Lizan said...

ya allah kesiannya... saya baru tahu pasal penyakit ni..kejap lagi nak google..kenapa puncanya ekk.. saya pun fully bf, aqeel lagi 2 hari genap 9 bulan. saya dapat rasa perasaan sedih nanie, kuatkan semangat ya..

Ibu Amani said...

get well soon ye nani :)

Nanie Khairani said...

Aisyah: yup sakit sangat2.. sampai guling2, hentak2 dinding.. huhu
alhamdulillah sekarang dah rasa ok sikit dah.. tapi yang tak best nya, susu pulak makin kurang sangat2.. huhu...

lizan: banyak penyebabnya.. salah satunya bila baby gigit, so nipple kita akan luka, then bacteria akan masuk.. antara punca yang lain pulak bila dah tak express milk ikut schedule.

asma: thanx :)

ashra said...

mudahan ye nanie..cepat sembuhnye.
insyaallah,tekad tu pasti boleh bw sampai ke 2 thn nanti..

Nanie Khairani said...

Tq ash.. :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

mudah2an cepta sembuh sakit tu. saya tau mcm mana sebab pernah rasa sakitnya.