July 31, 2011

"No choice, you have to stop"

Wuaaaa.. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Dr Sujatha, pakar bedah KPJ Selangor semasa buat follow up semalam. Masuk je bilik Dr, terus dia tanya macam mana progress? Still sakit atau dah baik. Then bila saya cakap yang B saya masih sakit lagi, Dr terus suruh baring sebab dia check. Bila dia tengok luka yangmerah dan agak besar tu, terus Dr cakap kena stop kalau tak, takkan sembuh. Sob!

Dr Sujatha siap nak bagi ubat untuk stopkan susu lagi tapi saya cakap baby taknak susu botol kalau saya ada. Then saya tanya Dr, kalau bagi stop sebelah je boleh? Belah yang tak sakit ni biarkan.. Hehe..
Then kalau macam tu, Dr cakap make sure bagi baby hisap sebelah je. Belah yang sakit ni kkena perah, jangan bagi baby hisap lagi dah.. Huaaa... Sob!

Macam mana ni, Humaira kecik lagi.. Baru nak masuk 10 bulan. Dan Humaira kalau nak tidur mesti nak ngempeng. Kalau tak ngempeng jangan harap la dia boleh tidur. Gelisah semacam je last2 nangis. Cian Humaira.. Sob!

:
:
:
:
:
:
:
:
SOB!
:
:
:
:
:
SOB!
:
:
:
:
:
SOB sangat-sangat!!!!

July 18, 2011

Follow up at KPJ Selangor

Ok, rentetan daripada entri sebelum ni, setelah rasa sakit masih berlarutan, saya pun sekali lagi (ehemm sebenarnya untuk kesekian kalinya :P) pergilah menemui Doktor kesayangan saya di Poliklinik Gomez di Street Mall, Cyberjaya. Dr Vasuki yang sangat baik hati dan penyayang orangnya.. Hehehe...

Masuk je dalam bilik doktor, terus cakap, "Doktor, I still in pain laa.."
Then doktor pun terus je cakap, "Ok then you go see specialist la.. I'll write a letter.. which hospital you wanna go?" Eceiwaahh... Just name it! Hehehe

Since tinggal pun di Shah Alam, so saya cakap pergi KPJ Selangor jelah kan.. Dan memang Dr Vasuki pun ada kenalan kat situ dalam hal ni. Doktor pun ada network tau! :)

So pada hari rabu baru ni pergi lah ke KPJ dan bertemu lah dengan Dr Sujatha..(eh of course la buat appointment dulu.hehehe)
Dr Sujatha ni pun baik orangnya.. Sama geng la dengan Dr Vasuki tu.. So Dr Sujatha suruh baring atas katil dia nak check B saya dulu.. Kena bukak semua baju OK! >*_*<
Dia nak check samada ada lump ataupun tak. Alhamdulillah takde... Kemudian Dr hantar plak pergi ke unit ultrasound untuk scan B saya nih.  

IMG00842-20110713-1137
Mesin ultrasound

Tak sangka plak mesin ultrasound tu sama yang macam kita dok scan baby dulu tu.. hehe.. banyak rupanya kegunaan mesin ni ye.. Cheq baru tau nih :D 
Mula-mula masuk bilik scan ni, nurse suruh tanggalkan semua baju. Ok la, saya pun tanggal jelah.. Yelah tadi dengan Dr Sajutha pun dah biasa kan.. Sekali tunggu doktor untuk scan ni punya la lama.. (tu yang sempat snap gambar tu.... Ngeeee...) Tunggu punya tunggu sekali yang masuk doktor lelaki la... Adoiiiiii..... malu la camni. Tapi saya nampak la doktor lelaki ni baik orang nya. Sebelum nak mulakan scan pun, dia mintak izin dulu dan sepanjang proses scan tu, dia cuma pandang pada monitor mesin ultrasound tu je. Ok la kan.. Huhuhu...

IMG00855-20110714-2119
Cantik kan pil ni.. kaler purple lagi.. Smile

Ehemm.. walaupun sakit sampai berguling-guling, makan tetap tidak dilupakan. Sementara tunggu giliran untuk scan ultrasound tu, sempat la menyelitkan diri ke cafe KPJ. Seriously, sedap la makanan kat cafe ni. Yelah kan, selalunya kalau makanan kat hospital kan kurang kesedapannya kan.. Makan untuk kesihatan katakan.. :) 

IMG00840-20110713-1104
Kueteaw goreng ni sedap tau!

July 11, 2011

Inikah Pengakhirannya? :(

Semua orang tahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Dan setiap ibu juga pasti menyimpan azam untuk menyusukan anak mereka selama. 2 tahun.

Saya juga begitu. Sejak mengandung lagi, dah berazam untuk menyusukan bayi saya sehingga usianya 2 tahun. Persiapan dibuat! Ilmu dituntut! Internet menjadi sumber mencari informasi mengenai penyusuan. Forum diskusi terutamanya Ratuhati dan Susuibu adalah sumber rujukan utama.

Kelengkapan juga hampir complete. Pam sampai 2 jenis. Spectra 3 dan juga Avent manual. Beli lagi peti ais sejuk kecil (mini bar) dan letakkan di ofis supaya dapat menyimpan susu dengan senang hati ( tak yakin kalau simpan susu guna icepack je).

Namun, sejak 3 minggu lepas sebelah cik B di serang Mastitis. Sakit sangat2 sampai guling2. Pergi jumpa doctor, doctor bagi pain killer dan juga antibiotik. Doctor kata, selepas 3hari datang jumpa beliau semula untuk follow up. Kalau masih sakit, doctor akan rujuk saya ke Breast Clinic. Selepas 3 hari, alhamdulillah dah tak rasa sakit. Jadi doctor hanya bagi antibiotik sikit lagi.

Namun, rupanya setelah habis semua ubat, sakitnya menyerang lagi. Ya Allah sakitnya, hanya Engkau sahaja yang tahu. Akibat tak tahan sangat, hampir tengah malam, pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah pulak. Doctor bagi lagi pain killer dan antibiotik yang lebih kuat. Entah kenapa rasa sakit tu belum hilang. Akibatnya saya hanya menyusu Humaira dengan sebelah B sahaja. Sebelah lagi saya pam.

Tapi tadi bila pam selama hampir setengah jam, hanya 3 titl susu sahaja yang keluar. B pun tak bengkak sangat dah. Akibat masih sakit dan takut bertambah2 sakit di tengah2 malam ni, maka saya pun berhenti mengepam.

Rasa sedih sangat bila perkara ni berlaku. Adakah perjalanan penyusuan saya akan berakhir di sini sahaja? Tidakkkk.. Saya masih belum bersedia untuk berhenti menyusukan Humaira. She's still small. Hari ni genap umur Humaira 9 bulan.. Sedihnya. Malam kemarin, saya cuba juga bagi dia susu formula. Dia tolak sambil menangis. Sedihnya rasa. Hati ibu mana yang sampai hati melihat anaknya menangis begitu kan. Jadi walaupun sakit sangat2, saya menyusukan juga Humaira. Dia terus diam dan sambung tidurnya. Wuaaa... Humaira, camna nih.. Mommy in pain.. :( kita doa sama2 ye mudah-mudahan mommy akan cepat sembuh dan dapat terus menyusukan Humaira dengan susu mommy k... Love you baby..

July 02, 2011

I Win!!!!

Semalam, balik je keje nampak satu bungkusan besar kat atas sofa. Mr Judge ambik dan belek2.. Dia cakap, ni mesti Nanie punya. Waaaa…. dah sampai laa.. hehe…

 

DSCN1173

Bila buka tengok, inilah dia.. hamper dari Tupperware. Bulan lepas saya ada masuk satu contest ni. Haaa.. Ni pun akibat terpengaruh jugak nih. Terpengaruh dengan blog ni. OK Tupperware akan pilih penghantar sms yang ke 100, 200, 300 dah seterusnya untuk hamper ni. So saya pun plan laa strategi.. Nak send sms sebanyak 100 so mesti akan hit that 100th la kan.. sekali baru hantar sms kira-kira 20-30 camtu, terlupa nak hantar lagi dah.. Tak sangka plak menang jugak. Ni lah namanya rezeki kan.. Smile

 

DSCN1176

Cantik kan?

 

Dan bagi setiap pemenang untuk pusingan pertama ni akan layak untuk pergi ke pusingan ke dua pulak. Kali ni lain sikit pulak caranya. Iaitu kitorang kena hantar slogan. Tiga slogan yang paling kreatif akan memenangi Samsung Galaxy Tab. Huaaa…. Nak..Nak..Nak… Open-mouthed smile

 

OK untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang produk2 Tupperware ni, sila la Like Facebook Tupperware kat sini. Smile