May 07, 2011

Yang Sebenarnya...

Sebenarnya saya selalu mengimpikan sebuah kehidupan yang aman, rileks dan ceria2 selalu. Erk, bukannya bermaksud sekarang ni tak ceria, tak aman dan jugak tak rileks.. Cuma tak sama dengan apa yang di impikan :)

Sebenarnya selalu berangan nak masak special2 selalu.. Contohnya macam masak pasta, western, kuih muih untuk minum petang dan lain-lain lagi..

Pastu berangan lagi nak menjahit. Nak jahit langsir, sarung kusyen, knitting untuk Humaira.. Hehe

Dan lagi berangan nak make sure rumah sentiasa kemas... Bersih.. Wangi.. Baru laa best nak lepak2 kan..

Dan lagi kan, kalau boleh halaman depan dan belakang rumah rapi jeeee.. Pokok2 di jaga dengan baik.. Sentiasa di baja dan di racunkan.. Rumput2 plak rapi je..

Hamboi berangan bukan main kan :P

Namum hakikatnya....

Selalu je masak tak jadi.. Hahahaha... Kalau yang sempoi2 tu plak tak penah pun cuba lagi. Takat spageti tu ada laa.. Western, lasagna, kek, cookies semua tu tak kesampaian lagi. Lagipun oven pun takde, camna nak baking kan :P

Menjahit??? Rasanya dah 3 bulan beli benang untuk mengait tapi tak jalan pun lagi projek tu.. Hehe.. Cadangnya nak kaitkan topi untuk Humaira.. Tapi terbantut sampai laa sekarang.. :P
So far jarum and benang tu guna untuk jahitkan butang baju Mr.Judge je.. Dan jugak alter seluar ke pape ke.. Haishhh... Nak kena beli mesin jahit dulu baru bersemangat kot? Kot jelah kan.. :P

Rumah... Hmmm bersepah je memanjang.. Kemas hari ni esok sepah balik.. Pastu 2-3 minggu lepas tu baru kemas balik.. Pastu sepah balik.. Hahaha...
Dapur? Tak usah cakap laa... Jarang laa sinki tu kosong lama2.. Haishhh... Tension2!

Halaman rumah?? Hmmm kalau korang tengok pun konfius.. Ni halaman rumah ke hutan simpan??? Rumput panjang giler.. Dah tenggelam pokok orkid yang MIL belikan :P

Kuang.. Kuang.. Kuang... \(^_^)/




Sent from my BlackBerry®

1 comment:

kucinbelemoih said...

che nan..biasa la tu. nak buat semua2 tu kena ada mood. apakata hang start yg simple2 dulu. then baru try yg complicated sket. mcm rumput tu, upah org dah la kot. satgi calaq abeh tgn comey hang..hehe...