May 11, 2011

Dari Sangkar Ini

Dari sangkar ini
Luas terbentang langit nan biru ciptaan Ilahi
Awan yang memutih redup mata memandang
Terasa lembut bayu menerpa pipi ini
Ku tersenyum... 
Ingin ku terbang bebas di awan itu

Dari sangkar ini
Terdengar suara mereka tertawa
Kanak-kanak berlarian mengejar layang-layang
Si gadis tersenyum manis di samping teruna hati
Bibir ku terlakar senyuman...
Indahnya wajah bila dihiasi dengan keceriaan

Dari sangkar ini
Terlihat dia pergi saban hari
Pergi membawa seribu harapan
Semangatnya membara umpana menuju medan perang
Ku tersenyum...
Menanti pulangnya dia bersama harapan itu

Dari sangkar ini
Air mata mengalir perlahan
Harapan dipunahkan sekali lagi
Pulangnya hanya bertangan kosong
Bibir ini masih tersenyum...
Tersenyum mengenang nasib diri

Di dalam sangkar ini
Bukan emas mahupun perak datangnya
Sangkar yang berkarat ini
Doa dipanjatkan kesabaran di pujuk
Yakinlah dengan NYA
Bibir ini masih tersenyum...
Namun tiada senyuman di hati...






Merenung Masa Depan :)

 

IMG00591-20110509-0846

May 07, 2011

Humaira Bila Kena Minum Air Kosong



IMG00554-20110506-1659
IMG00555-20110506-1659
Tengok laa Humaira bila kena minum air kosong.. Bukan main liat lagi..


IMG00549-20110504-2116
IMG00550-20110504-2116

Bila minum direct terus ok plak.. Haishhh.. Macam dah besar sangat dia ye... :)



Sent from my BlackBerry®

Yang Sebenarnya...

Sebenarnya saya selalu mengimpikan sebuah kehidupan yang aman, rileks dan ceria2 selalu. Erk, bukannya bermaksud sekarang ni tak ceria, tak aman dan jugak tak rileks.. Cuma tak sama dengan apa yang di impikan :)

Sebenarnya selalu berangan nak masak special2 selalu.. Contohnya macam masak pasta, western, kuih muih untuk minum petang dan lain-lain lagi..

Pastu berangan lagi nak menjahit. Nak jahit langsir, sarung kusyen, knitting untuk Humaira.. Hehe

Dan lagi berangan nak make sure rumah sentiasa kemas... Bersih.. Wangi.. Baru laa best nak lepak2 kan..

Dan lagi kan, kalau boleh halaman depan dan belakang rumah rapi jeeee.. Pokok2 di jaga dengan baik.. Sentiasa di baja dan di racunkan.. Rumput2 plak rapi je..

Hamboi berangan bukan main kan :P

Namum hakikatnya....

Selalu je masak tak jadi.. Hahahaha... Kalau yang sempoi2 tu plak tak penah pun cuba lagi. Takat spageti tu ada laa.. Western, lasagna, kek, cookies semua tu tak kesampaian lagi. Lagipun oven pun takde, camna nak baking kan :P

Menjahit??? Rasanya dah 3 bulan beli benang untuk mengait tapi tak jalan pun lagi projek tu.. Hehe.. Cadangnya nak kaitkan topi untuk Humaira.. Tapi terbantut sampai laa sekarang.. :P
So far jarum and benang tu guna untuk jahitkan butang baju Mr.Judge je.. Dan jugak alter seluar ke pape ke.. Haishhh... Nak kena beli mesin jahit dulu baru bersemangat kot? Kot jelah kan.. :P

Rumah... Hmmm bersepah je memanjang.. Kemas hari ni esok sepah balik.. Pastu 2-3 minggu lepas tu baru kemas balik.. Pastu sepah balik.. Hahaha...
Dapur? Tak usah cakap laa... Jarang laa sinki tu kosong lama2.. Haishhh... Tension2!

Halaman rumah?? Hmmm kalau korang tengok pun konfius.. Ni halaman rumah ke hutan simpan??? Rumput panjang giler.. Dah tenggelam pokok orkid yang MIL belikan :P

Kuang.. Kuang.. Kuang... \(^_^)/




Sent from my BlackBerry®

May 06, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


 Weeehuuuuu.... First time nak join segmen gegar blog abg ben ni... Jom ramai2 kita kasi gegarrrrr...!!!


I like Ben Ashaari and Mat Gebu so di sini saya nak mengajak kawan2 semua untuk mengundi diorang ni kat sini untuk Ben dan kat sini untuk Mat Gebu ok!



Proses Memasukkan Stok Air Tin Dalam Mesin Air


Image googled

Sape pernah tengok macam mana stok-stok air tin di masukkan ke dalam mesin air macam kat dalam gambar di atas?

Actually sepanjang umur hidup ni, baru minggu lepas dapat tengok seorang pekerja memasukkan tin2 baru ke dalam mesin… Wahhh sangat menarik OK!
Kami semua yang ada kat cafe kat office macam terpegun melihat kelincahan (ceiwah!) dan kecepakan brother tu dok masukkan tin2 tu.

IMG00498-20110429-1330
IMG00499-20110429-1331
IMG00500-20110429-1331
Tengok la brother tu buat kerja...

Ooooo rupa-rupanya diorang bukak bahagian depan mesin tu then susun2 tin2 air tu ikut row air…. Masa kecik2 dulu ingatkan ada orang kat dalam mesin tu yang dok  jaga tin2 tu.. Bila kita masukkan syiling then tekan button air yang kita nak, orang tu akan keluarkan tin air tu.. hehe…

Street Mall, Cyberjaya

Actually setiap hari Selasa dan juga Jumaat, di Street Mall ni ada sedikit jualan. Jualan ni dibuka lebih kurang pada pukul 12 tengah hari sampai laa kira-kira pukul 4 petang.

Ada macam-macam barangan yang dijual. And of course yang paling banyak ialah tudung, kain baju dan juga baju baby/ kanak-kanak.

IMG00503-20110429-1432

Aksesori wanita pun ada

IMG00502-20110429-1417

Fridge magnet yang cun2

 

IMG00504-20110429-1439

Model wanita di import dari Indonesia Smile

May 04, 2011

Wonderful May– .:Anniversary Celebrating:. \(^_^)/

DSC00118
My Mas Kahwin








~~~ JIKA ANDA SEORANG BLOGGER ~~~

 

image

 

SAYA DAPAT BANNER NI DARI ------> BLOG BEN ASHAARI

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik  SINI

 

 

Hulurkan Tangan Ringankan Beban.. (^_^)

Posting ni dapat daripada blog MAT GEBU. Tak salah kiranya kita bersama-sama menyokong program ini kan...


"Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).
Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.
Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya Ben sudi untuk turun memberi sokongan kepada program ini.

Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.
Kami amatlah mengharapkan skongan blogger2 macam bro Ben, semoga program ni dapat sambutan. harap sangat kalau bro ben tak dapat datang pun, dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca blog Ben tu ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.
Kalau ada blogger yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/ ...