April 12, 2011

Petua & Tips Untuk Kuruskan Badan (Part I)

Entry ni dibuat khas untuk seorang kawan yang tengah runsing dengan berat badan dia sekarang ni (maklum laa tak lama lagi dah nak menjadi ratu sehari kan)
OK terdapat beberapa petua daripada orang-orang yang lebih berpengalaman yang dikumpulkan dari internet dan juga ada yang diperolehi secara lisan.


  1. Amalakan meminum segelas air limau panas/suam setiap pagi sebelum sarapan (maknanya semasa perut masih kosong la). Tapi petua ni tak oleh di amalkan lama-lama sangat ye sebab boleh menyebabkan perut kita luka/ulser)
  2. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.
  3. Say no to fast food dan jajan!
  4. Buatkan supaya tak cukup tidur. Hahaha… Seriously this tip works for me.
  5. Breastfeeding. Ni untuk yang dah ada anak la ye.. Tapi kalau nak jadi ibu susuan pun boleh jugak. Smile
  6. Workout! (Ramai yang petuakan ini tapi ianya tak berjaya padaku. Makin exercise makin naik plak berat badan. Haishhh..
  7. Amalkan JusMate5. Hahaha penah cuba dulu. Akibatnya? Jadi kelaparan gile sebab kalau minum jus ni tak boleh makan or minum selama 4jam(kalau tak silap la, dah lupa). Lepas je habis tempoh “puasa” tu terus melahap dengan rakusnya. Hehe
  8. Guna la krim pati halia. Penah guna 2-3kali je. Sapu pada bahagian yang berkenaan setiap kali lepas mandi. Berkesan!
  9. Puasa.
  10. Elakkan makan di waktu malam terutamanya makanan yang heave. Makan mesti sebelum pukul 7 malam.


psst: kat sini banyak tips yang diberikan untuk kuruskan badan… layannn…

Ok kot setakat ni dulu ye.. nanti sambung lagi eh…

2 comments:

ashra said...

say no to fast food tu yang payah tu.hehe..suka mcD

NanieKhairani said...

hehehe.. biasa la kan.. nak2 plak bila mekdi buat promotion yang rm5 free big breakfast hari tu kan? dugaan betul.. hehehe