April 15, 2011

Mood Swing

Salam Jumaat Semua...

Dah 3 hari mood swing.. Haishhh sangat la tak best bila jadi macam ni.. Badan lak rasa sakit2 dan letih je... Asyik rasa tak sihat je.. Nak buat kerjaa pun tak boleh nak fokus.

Semalam pening dok fikir nak masak apa untuk Humaira since dia dah makan bubur + carrot selama 4 hari dah. Fikir yang tu pun sampai tak boleh buat kerja. Teruknya penangan mood swing ni.
Sudahnya pagi tadi buat bubur + carrot + kismis je. Harap2 dia suka.

Pagi tadi pulak lepas hantar Humaira kat rumah MIL, terserempak dengan seorang pakcik ni naik motor. Tiba2 teringat kat arwah abah. Terus rasa sedih sangat dan sedar tak sedar dah menangis dalam kereta tadi.. Lama la jugak menangis.... huhuhu mesti orang pandang semacam je kan.. hmmm

Sedar tak sedar dah setahun lebih abah pergi meninggalkan kami. Rasa cam baru je lagi. Rasa belum puas lagi  nak berbakti pada abah. Masa abah pergi, ku baru mengandung 2 bulan. Agak terkilan sebab abah tak sempat melihat cucu dia yang sorang ni. Anak-anak kakak and abang semua sempat merasa main2 dengan wan diorang. Tapi Humaira tak sempat. Cian Humaira.

Hmm.. Semoga abah tenang di sana dan rohnya dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa. Alfatihah....

6 comments:

umialya said...

al-fatihah

NanieKhairani said...

Terima Kasih... :)

~AkMa~ said...

alfatihah. moga rohnnya dicucuri rahmat..

NanieKhairani said...

Tenkiu maa.. :)

kucinbelemoih said...

Che Nan...sedihnya.. Semoga rohnya dirahmati Allah..aminnn...

NanieKhairani said...

Farah.. memang sedih.. tapi nak wat camna kan.. ketentuan untuk setiap yang hidup.. hanya mampu berdoa je...:)