April 27, 2011

I Turn To You.... Mr.Judge

Ehem..ehemm... hehe... Siapa peminat Christina Aguilera sila angkat kening... hihihi... Saya la tu.. :P
Memang sejak mula2 dia menyanyi dulu lagi dah suka dia.. Sebab dia lawa.. hihihi.. Dan sejak keluarnya lagu ni, memang dok berangan nak dedicate lagu ni pada orang yang paling bermakna dalam hidupku.. hihi.. Lama woooo tunggu... Sekarang ni baru jumpa orang tu...

So Mr. Judge... This song i dedicate especially for you... Every single byte are just for YOU!




p/s: perasaan pelik tu slowly dah kurang... apekah??? tapi sekarang ni saya tengah mengunyah cheesecake... :)

Perasaan Pelik

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya sejak pagi tadi lagi dok rasa macam ada sesuatu je dalam hati ni.. Macam nak cakap sesuatu tapi taktau apa dia.. Tak terluah dengan kata2..
Apekah yang membelenggu otakku sampai tak boleh nak fokus hari ni eh???
Seriously sangat2 pelik perasaanku hari ni.. Nak kata sedih, tak jugak. Nak kata happy sangat pun tak jugak. Marah? Nonono takde marah sape2 pun hari ni.. Moody? Tak jugak.. Ok je nih..
Lapar? Kenyang je makan spageti MIL bekalkan pagi tadi.. Angel hair lagi taw.. :)
Mengantok? Takde plak menguap2..

Arghhhh apekah perasan ini??? Tolong... Tolong.. Tolong...




Sent from my BlackBerry®

April 26, 2011

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad


Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh pemimpin yang boleh dikatakan sangat cemerlang dalam memimpin negara Malaysia. Banyak kemajuan yang kita boleh nampak sepanjang Tun menjadi Perdana Menteri.

Buku mengenai Tun juga telah dikeluarkan. Harga di pasaran adalah RM100. Wuaaa.. teringin sangat2 nak memiliki buku ni. Nak baca kisah mengenai Tun Mahathir dan juga nak buat koleksi untuk generasi akan datang.. Ceiwahhh.. :)

OK, nak masukkan buku ni dalam my wishlist. Mana tau boleh dapat suatu hari nanti ke kan.. hehehe

April 22, 2011

Sedih :(

Sebenarnya ada sesuatu yang saya nanti-nantikan sejak dua menjak ni. Dan hari ni lah harinya. Tapi tadi sesuatu yang dinanti-nantikan tu tak ada rupanya. Huaaaa... Sangat-sangat sedih dan kecewa...

Mungkin bukan rezeki kan..




Sent from my BlackBerry®

April 21, 2011

Testing..testing.. Blogging From My Blackberry

Hehehe.. Saja nak test posting blog via mobile.. Baru belajar ni..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

April 18, 2011

Pengiraan Bayaran Fidyah Puasa Secara Ringkas

Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM.............
Fidyah Tanpa Gandaan

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)


Fidyah Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)


Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa

Artikel ini di ambil dari laman web Ustaz NorAmin

April 15, 2011

Mood Swing

Salam Jumaat Semua...

Dah 3 hari mood swing.. Haishhh sangat la tak best bila jadi macam ni.. Badan lak rasa sakit2 dan letih je... Asyik rasa tak sihat je.. Nak buat kerjaa pun tak boleh nak fokus.

Semalam pening dok fikir nak masak apa untuk Humaira since dia dah makan bubur + carrot selama 4 hari dah. Fikir yang tu pun sampai tak boleh buat kerja. Teruknya penangan mood swing ni.
Sudahnya pagi tadi buat bubur + carrot + kismis je. Harap2 dia suka.

Pagi tadi pulak lepas hantar Humaira kat rumah MIL, terserempak dengan seorang pakcik ni naik motor. Tiba2 teringat kat arwah abah. Terus rasa sedih sangat dan sedar tak sedar dah menangis dalam kereta tadi.. Lama la jugak menangis.... huhuhu mesti orang pandang semacam je kan.. hmmm

Sedar tak sedar dah setahun lebih abah pergi meninggalkan kami. Rasa cam baru je lagi. Rasa belum puas lagi  nak berbakti pada abah. Masa abah pergi, ku baru mengandung 2 bulan. Agak terkilan sebab abah tak sempat melihat cucu dia yang sorang ni. Anak-anak kakak and abang semua sempat merasa main2 dengan wan diorang. Tapi Humaira tak sempat. Cian Humaira.

Hmm.. Semoga abah tenang di sana dan rohnya dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa. Alfatihah....

April 12, 2011

Petua & Tips Untuk Kuruskan Badan (Part I)

Entry ni dibuat khas untuk seorang kawan yang tengah runsing dengan berat badan dia sekarang ni (maklum laa tak lama lagi dah nak menjadi ratu sehari kan)
OK terdapat beberapa petua daripada orang-orang yang lebih berpengalaman yang dikumpulkan dari internet dan juga ada yang diperolehi secara lisan.


  1. Amalakan meminum segelas air limau panas/suam setiap pagi sebelum sarapan (maknanya semasa perut masih kosong la). Tapi petua ni tak oleh di amalkan lama-lama sangat ye sebab boleh menyebabkan perut kita luka/ulser)
  2. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.
  3. Say no to fast food dan jajan!
  4. Buatkan supaya tak cukup tidur. Hahaha… Seriously this tip works for me.
  5. Breastfeeding. Ni untuk yang dah ada anak la ye.. Tapi kalau nak jadi ibu susuan pun boleh jugak. Smile
  6. Workout! (Ramai yang petuakan ini tapi ianya tak berjaya padaku. Makin exercise makin naik plak berat badan. Haishhh..
  7. Amalkan JusMate5. Hahaha penah cuba dulu. Akibatnya? Jadi kelaparan gile sebab kalau minum jus ni tak boleh makan or minum selama 4jam(kalau tak silap la, dah lupa). Lepas je habis tempoh “puasa” tu terus melahap dengan rakusnya. Hehe
  8. Guna la krim pati halia. Penah guna 2-3kali je. Sapu pada bahagian yang berkenaan setiap kali lepas mandi. Berkesan!
  9. Puasa.
  10. Elakkan makan di waktu malam terutamanya makanan yang heave. Makan mesti sebelum pukul 7 malam.


psst: kat sini banyak tips yang diberikan untuk kuruskan badan… layannn…

Ok kot setakat ni dulu ye.. nanti sambung lagi eh…

Shaza Humaira 6 Bulan Sudah \(^_^)/

ShazaHumaira

Kejap je kan masa berlalu… dah setengah tahun dah usia anak dara mommy ni… makin comel dan bijak sekarang ni tau.. (mesti laa kena puji anak sendiri kan..Smile with tongue out)

April 11, 2011

Jadual Pemakanan Bayi

Ok.. Jadual ni diperolehi daripada website infosihat .

Boleh laa dijadikan sebagai panduan untuk ibu-ibu yang sedang mencari-cari panduan untuk pemakanan anak-anak.

UMUR
KEMAHIRAN
JENIS MAKANAN
JUMLAH & KEKERAPAN
6 BULAN
Mula menerima makanan pejal
Makanan lembut

  • Bubur nasi dikisar
  • Bijirin untuk bayi (jenis beras)
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
  • 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
  • 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
7-8 BULAN
Mula belajar mengunyah
Makanan lembut
  • Bubur nasi
  • Bijiran untuk bayi
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
  • Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
  • Makanan yang mengandungi susu.
  • - Keju, puding susu, krim keju
  • Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
  • Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
  • 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
9-11 BULAN
MAKAN SENDIRI
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
  • Nasi
  • Bijiran bayi
  • Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
  • Buah
  • Ikan, daging dan ayam
  • Susu dan hasil tenusu
  • keju, puding susu, krim keju.
  • Telur, melainkan sekiranya ada alahan
  • Kekacang yang dimasak lembut - kacang panggang dan tauhu
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
  • 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
1-2 TAHUN
MAKAN SENDIRI
Makanan keluarga yang diubahsuai
  • Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
  • Daging cincang
  • Makanan yang kurangkan berempah.
  • Makanan segar (tidak diproses)
  • Kurangkan garam, gula dan lemak.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • 2 snek antara waktu hidangan makan utama.

Mr & Mrs Judge

mr&mrsJudge

Humaira Dah Makan..!!!

Yeayyy... Finally... Semalam dengan rasminya Humaira telah disuap makanan pejal pertamanya.
Mommy buat bubur kosong je.. Penerimaan pertama sangat memberangsangkan.
Dia suka laa.. Hehe
 
IMG00409-20110409-1607
Siap nak pegang sudu sendiri.. mommy lambat sangat eh baby? hehe


IMG00410-20110409-1612
Botol air pun nak pegang sendiri jugak.. My baby dah becaqqq laaa... :)


Tapi sempat suap lebih kurang 5 sudu je pastu abah dia suruh stop dah..
Takpe la kan.. Jadilah sebagai pengenalan je dulu..

April 08, 2011

Sekali Salah Kira Daaa... :P

Hahahaha... okok my bad...

Last week punya laa excited nak bagi Humaira solid food, sekali tengok2 balik kalendar, belum cukup 6 bulan lagi laa... adoiiiii... camna laaa mommy boleh salah kira ni baby.... Sorry eh baby.. Cian baby dapat harapan palsu from mommy eh...

OK.. So this week genap lah Shaza Humaira 6 bulan dannnnnnnn.... tomorrow gonna be her 1st experience having solid food... kali ni confirm betul... Mommy tak salah kira dah.. hehehe...

Tapi kan... nak bagi makan apa dulu eh? Mommy ni punya laa excited nak bagi Humaira makan, sampaikan jadi rambang mata pulak.. semua nampak cam sedap and best nak bagi dia...  Pagi tadi dah beli epal.. sedapkan epal.. sebab manis...  tapi cam nak bagi pisang... avocado pun dengar kata ok jugak.. bubur kosong pun not bad kan? Arghhhh kusut2...  :P

April 01, 2011

Mommy Soooo Excited!!!

Yeayyyy....

Finally... Tomorrow Humaira gonna has her 1st solid food. Mommy is soooooo excited... (actually mommy feels so excited since last month..hehe)

So, as preparation, mommy already bought stuffs for tomorrow...

This is for mommy's preparation.


Complete sekali dengan lesung..hehe


This is for feeding set.

Yang penting BPA Free :)

High chair je belum beli lagi... hmmm....