March 12, 2011

Mission failed! - Post moterm

Memang sejak peknen lagi ku berazam untuk brestfeed my baby.. Takmo bagi dia susu formula!
So untuk menjayakan azam ku itu, banyak laa ilmu2 yang dikumpul.. Hari-hari surf internet. Dua buah forum yang menjadi sumber rujukan utama ada Ratuhati dan SusuIbu.. Kitorang siap attend antenatal kelas lagi anjuran KPJ Selangor.
Namun, bak kata pepatah, "kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya"..

OK mula-mula sekali, yang menggagalkan mission ni adalah sejak kat hospital masa lahirkan Humaira lagi. Masa dok tengah sakit contraction tu (masa tu bukaan dah almost 5cm), tup2 demam plak.. Rasanya start demam lepas amik pathedine. Siap muntah2 lagi dalam labor room tu.. Then bila dah demam, nak push pon tak larat and baby plak masa tu dia tak turun bawah, so susah la kan nak keluarkan dia. My lovely gynea sampai guna 2 vacuum ok untuk kelaurkan Humaira! Humaira amik masa selama setengah jan untuk keluar melihat dunia ni :)
Dah tu bila keluar je dia dah biru and tak nangis. Doctor tepuk2 pun tak nangis jugak. Hinggalah doc bagi gas baru dengar dia nangis.. Huhu cian dia kan.. :(

Oleh kerana Humaira ada problem macam tu and mommy plak demam so doctor terpaksa laa kuarantinkan kitorang sehingga keesokkan harinya. 14jam ok tak jumpa baby! So untuk tempoh tu terpaksa laa pihak hospital bagi susu formula kat baby.

Then bila balik rumah slowly kitorang reducekan fm and kerapkan bf baby. Alhamdulillah lama2 no fm anymore :)

Itu punca pertama. Yang ni punca kedua plak.

Bila dah start keje semula, ku ditukarkan jawatan ke System Analyst. This job required me to attend meeting and sometimes meeting tu kat luar. So terjadilah skip menyekip sesi pam. Penah sekali tu tak pam dari pagi sampai la ke malam.. Sakit?? Sakit gilerrr.. Bila malam balik umah pam tak keluar plak.. Huaaa.. :(
Bila dah kerap sangat skip pam, tup2 tiba2 je susu merudum giler sampaikan dah tak cukup nak supply keesokkan harinya. Maka disini sekali lagi terpaksa laa bagi fm to Humaira. Huaaa... Sedey :(

Hari tu ada call mak, ngadu la kat mak susu dah kurang. Skali nak cakap " adik tak makan camna susu nak ada.. Adik kena makan banyak2 sket baru susu pun banyak".. Adehhh kan dah kena sound ngan mak.. Hehe (Yes! Mak panggil adik sebab saya anak bongsu ok!) :)
Mak cakap macam ni sebab last weekend mak datang umah then mak tengok ku hanya makan kepok lekor and megi je.. Hehe..
OK mak.. Pasni adik makan banyak2 k.. :)

Rasanya inilah 3 punca utama kenapa mission ku failed!

4 comments:

akubiomed said...

Isteri saya mengamalkan petua minum air mata kucing dan berselawat sebelum makan buah kurma.

Dengan izin Allah insyallah susu akan banyak kembali

NanieKhairani said...

thanx for ur share.. hari tu saya ada amalkan buah longan tu.. semua jenis longan.. kering, tin, fresh... tapi mebi bukan rezeki anak saya jugak kot.. susu tetap macam tu jugak.. hmmmm

MuMMy CHoMell said...

Nanie.... jgn la give up.. teruskan susu Humaira.. even waktu mlm saje pun xpe.. asalkan dpt khasiat susu ibu.. dr x dpt langsung..huhu cian Humaira..(T_T)

NanieKhairani said...

mummy,

tenkiu very2 much for ur support.. :)
sekarang ni mmg production dah kurang tapi alhamdulillah still boleh supply lagi tiap2 hari.. tapi tak sebanyak dulu laa...