March 09, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

BANNER BEN ASHAARI


Saya adalah seorang ibu kepada seorang baby yang comel yang bernama Shaza Humaira :)
Dan juga seorang isteri yang strong kepada Mr.Judge :)

Ingat lagi masa mula2 bersalin dulu, setelah 14jam melahirkan Humaira barulah kami diketemukan... Waahhhh... betapa gembiranya perasaanku masa tu.. Dah laa Humaira ni overdue, dah cukup masa pun takmo keluar2 jugak sampai mommy dia kena induce.. sekali bila dah kelaur kitorang kena kuarantin plak sampai 14 jam.. Tapi tu lah pengalaman paling manis yang ku alami.. :)

Setelah hampir 5 bulan bergelar ibu, dan juga telah menyusukan Humaira dengan susu ibu, tiba-tiba minggu lepas production susu merudum giler sampai tak cukup nak supply ke Humaira di siang hari. Akhirnya terpaksa mengalah dan terpaksa laa beri dia susu formula... sedihnya rasa.. :( kecewa sangat2.. tapi saya tetap berazam untuk tingkatkan balik production dan percaya tak lama lagi Humaira akan kembali fully breastfeeding!

Nasib baik laa sepanjang menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu ni, Mr. Judge terlalu banyak bersabar menemaniku.. Tenkiu lalink for being such a great and matured hubby to me.. :) Yangg terus bersabar tau sampai bila2 sebab isterimu ini memang emotional and childish sket... hehe

To Humaira, Terima kasih yang tak terhingga mommy ucapkan kerana hadir dalam hidup mommy and abah.. mommy harap baby akan membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah. Baby kena jadi strong tau! Hidup ini terlalu banyak dugaannya.. 
Baby juga kena sama taste ngan mommy tau! nanti bila baby dah besar sikit kita makan laksa penang sama-sama eh ;)
Buat anak-anak yang diluar sana, hargailah kedua orang tua kamu selagi mereka masih ada.. wang boleh dicari, teman juga boleh dicari.. tapi ibu dan bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita tiada gantinya.. hanya satu di dunia ini.. 

Mommy amat menaruh harapan kepada baby agar baby dapat menjalani kehidupan yang baik dan sempurna seperti orang lain juga. Mommy berharap suatu hari nanti baby akan menjadi seorang yang berjaya di dunia dan juga akhirat dan mempunyai pekerti yang mulia... Hormatilah insan-insan disekelilingmu dan hargailah insan-insan yang telah bersamamu sejak baby dilahirkan.. :)

Buat gadis-gadis diluar sana, Yes zaman sekarang ni terlalu banyak godaan dan hasutan yang boleh menghanyutkan adik-adik semua. Apapun, ingatlah satu perkara ni, "Jangan sampai terhutang budi, takut kelak tergadai body.." :)




14 comments:

ariana's said...

Salam kenal..jelajah dari segmen En Ben juga..Moga menjadi seorang ibu yang cemerlang dunia akhirat ye..

Warna Warni Kehidupan said...

terjah dari blog BA...best baca pengalaman ibu2 yang comel2 belaka ni

Fuuyooh said...

assalamualaikum...
kali pertama singgah cni..
salam kenal, dtg dr blog abg ben :-)..

Cik Sue said...

salam ziarah...dtg sini follow blog nih.. :D

Diari-Selebriti-Mama said...

singgah dari segmen BA.
slmt bknalan.nice blog!dah follow^^
semoga anak kita berjaya dunia akhirat amin
jemput ziarah blog http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-kategori-ibu.html

Lulu caldina said...

Tahniah kerana menjadi seorang ibu...
semoga memiliki anak yang solehah dan berjaya...

Mamaleesya said...

salam kenal. Dari segmen BA. Semoga menjadi ibu terbaik di dunia dan akhirat.

http://diarialeesya.blogspot.com

shah-kayrul said...

salam kenal...terjah dari blog ben...

NanieKhairani said...

Assalamualaikum semua kawan2ku..

Tenkiu very much kerana sudi singgah di blog yang xseberapa ni.. Bestnya dapat ramai kawan.. Semoga kita semua dapat terus berkawan ye... ;)

hazila said...

Salam ziarah...

Dda Ly said...

salam kenal, dah bace kisah kamu..:) nnt leh share pengalaman membesarkn anak ye..:)

meh ke rumah..
~kekasih hati chinta jiwa~
keep in touch ye..♥♥♥

luckylizan said...

selamat berkenalan mama humaira, dah follow, jom follow saya gak, boleh kita sesama share info tentang ibu2..kalau nak bykku susu ibu, cuba makan brokoli atau buat sup ikan bilis dengan daun kucai, saya dah trai..berjayaaaa.... :)

NanieKhairani said...

hazila: thanx sudi singgah blog saya ni.. suka masakan awak.. :)

Dda Ly: ok pasni saya g jengah blog awak plak eh.. best baca pengalam ibu2 semua kan.. :)

Lizan: terima kasih bagi tips tu.. insyaAllah esok jugak saya cuba petua awak tu.. pastu saya update result dia eh.. :)

atie @ ejay said...

salam kenal dr segmen en.ben:)