March 24, 2011

MALAYSIA CYBER TROOPERS ...KABABOOM !!!!


NAMA KUMPULAN :

MALAYSIA CYBER TROOPERS 
( BERSATU TEGUH BERCERAI RUGI...HU HU TAKDALAH..INTRO JE NI )


KENAPA KAMI PILIH NAMA INI :

1. KITA ORANG MALAYSIA KAN..HITAM KE PUTIH KE..OR TAKDA WARNA KITA SAMA..PROUD TO BE MALAYSIAN
2. KITA BERGERAK DIALAM MAYA@DUNIA CYBER...DARI BERSOLO SEKARANG DAH BERGROUP DAN MANTAP YANG DITERAJUI OLEH BEN ASHAARI ( IKHLAS NI )
3. KITALAH PEJUANG ALAM MAYA YANG ADA MISI DAN VISI..BERSATU TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...


KETUA KUMPULAN :
http://qasehsufi.blogspot.com ( KERULL )

KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN :

Kerana KERULL adalah sangat aktif dan berdedikasi (ceiwahhh)
Kami semua percaya yang saudara kerull boleh menjadi ketua yang mantoppp!! 
UNTUK GROUP MCT..TERIMA KASIH DARI HATI YANG IKHLAS BUAT KALIAN..INI UNTUK KITA..BUKAN UNTUK SAYA

SENARAI AHLI  :

PENDAPAT SAYA MENGENAI 1TUBE.MY IALAH :

1. Amat berbangga kerana sudah ada produk dari anak tempatan yang bakal menggegar dunia TUBE...selain dari tube-tube yang ada sekarang...ini menunjukkan ilmu dan biasiswa yang disalurkan itu berbaloi...aminnnn

2. Ok..kalau nak berjaya kenalah terima gak komen-komen negatifkan...so salah satunya menurut ahli group saya yang terror bab-bab ni...x pasti dgn Misi 1tube.. adakah khas utk blogger2 atau semua pengguna.. sbb bile x digroupkan die jd sgt berat utk loading.. semua video diorg nk upload. huhu ( tq mummy chomel )...
dan pada saya penambahbaikkan itu perlu jika kita nak berdiri sama tinggi dengan produk yang ada dipasaran.....


GAME ANTARA BLOGGER



Aktiviti terbaru from Ben Ashari... ada lagi 5minit sebelum ditutup. hehe...

March 23, 2011

Saya Lupa..!!!!

Hehe saje je buat title macam ala2 nazmi raja lawak tu.. :P

Isnin lepas adalah hari lupa padaku.. adehhhh... macam2 lupa...

1.mula-mula skali, masa pagi tu gi hantar humaira kat umah maktok dia, skali tengok terlupa bawak car seat dia...(masa pagi tu car pool ngan mr judge sebab keta parking kat umah MIL.. tapi balik kang kena balik sendiri with humaira).. adehhhh camna ni....

2. sampai je opis, letak je laptop atas meja skali tengok... alamak!!! adapter laptop lupa bawak pulak.. sibaik battery full lagi.. tapi yelah kan, full pun tahan 2jam je.. adehhhh....

3. kul 11am after stand up meeting, g laa surau nak pam.. skali tengok2 breast sheild plak lupa bawak.. huaaaa camna nak pam ni.. adehhh laaa....

4. tengah dok kusut2 macam2 benda lupa bawak... tiba2 teringat.. telekung and pouch berisi lotion, bedak etc pun lupa bawak gak.. adehhh laaaa haiiii....

sudahnya... ku amik half day then terus balik umah... hmmm,....

5. bila dah malam, nak tido... ku tanggal laa contact lens... skali esoknya bangun pagi, bukak lens case tengok yang sebelah kanan nya kosong.. aik?? mana contact lens nih? belah kirinya ada.. cari punya cari (atas meja solek, atas lantai) tak jumpa2 jugak.. skali tengok laaaa rupanya semalam ku g letak dua2 belah lens tu dalam case belah kiri punya... dah laa power tak sama.. so kena laa try2 pakai tengok betul ke tak lens tu.. adehhhh laaaaa.... ish...ish..ish...

March 15, 2011

Pengharaman Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol

JATA.gif 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.

Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.  

Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman webhttp://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.  

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
  14 MAC 2011 

------------------------------------------------------------****************************------------------------------------------------------------

Inilah botol susu yang Humaira gunakan sekarang ni.. BPA Free :)

March 12, 2011

Mission failed! - Post moterm

Memang sejak peknen lagi ku berazam untuk brestfeed my baby.. Takmo bagi dia susu formula!
So untuk menjayakan azam ku itu, banyak laa ilmu2 yang dikumpul.. Hari-hari surf internet. Dua buah forum yang menjadi sumber rujukan utama ada Ratuhati dan SusuIbu.. Kitorang siap attend antenatal kelas lagi anjuran KPJ Selangor.
Namun, bak kata pepatah, "kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya"..

OK mula-mula sekali, yang menggagalkan mission ni adalah sejak kat hospital masa lahirkan Humaira lagi. Masa dok tengah sakit contraction tu (masa tu bukaan dah almost 5cm), tup2 demam plak.. Rasanya start demam lepas amik pathedine. Siap muntah2 lagi dalam labor room tu.. Then bila dah demam, nak push pon tak larat and baby plak masa tu dia tak turun bawah, so susah la kan nak keluarkan dia. My lovely gynea sampai guna 2 vacuum ok untuk kelaurkan Humaira! Humaira amik masa selama setengah jan untuk keluar melihat dunia ni :)
Dah tu bila keluar je dia dah biru and tak nangis. Doctor tepuk2 pun tak nangis jugak. Hinggalah doc bagi gas baru dengar dia nangis.. Huhu cian dia kan.. :(

Oleh kerana Humaira ada problem macam tu and mommy plak demam so doctor terpaksa laa kuarantinkan kitorang sehingga keesokkan harinya. 14jam ok tak jumpa baby! So untuk tempoh tu terpaksa laa pihak hospital bagi susu formula kat baby.

Then bila balik rumah slowly kitorang reducekan fm and kerapkan bf baby. Alhamdulillah lama2 no fm anymore :)

Itu punca pertama. Yang ni punca kedua plak.

Bila dah start keje semula, ku ditukarkan jawatan ke System Analyst. This job required me to attend meeting and sometimes meeting tu kat luar. So terjadilah skip menyekip sesi pam. Penah sekali tu tak pam dari pagi sampai la ke malam.. Sakit?? Sakit gilerrr.. Bila malam balik umah pam tak keluar plak.. Huaaa.. :(
Bila dah kerap sangat skip pam, tup2 tiba2 je susu merudum giler sampaikan dah tak cukup nak supply keesokkan harinya. Maka disini sekali lagi terpaksa laa bagi fm to Humaira. Huaaa... Sedey :(

Hari tu ada call mak, ngadu la kat mak susu dah kurang. Skali nak cakap " adik tak makan camna susu nak ada.. Adik kena makan banyak2 sket baru susu pun banyak".. Adehhh kan dah kena sound ngan mak.. Hehe (Yes! Mak panggil adik sebab saya anak bongsu ok!) :)
Mak cakap macam ni sebab last weekend mak datang umah then mak tengok ku hanya makan kepok lekor and megi je.. Hehe..
OK mak.. Pasni adik makan banyak2 k.. :)

Rasanya inilah 3 punca utama kenapa mission ku failed!

March 09, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

BANNER BEN ASHAARI


Saya adalah seorang ibu kepada seorang baby yang comel yang bernama Shaza Humaira :)
Dan juga seorang isteri yang strong kepada Mr.Judge :)

Ingat lagi masa mula2 bersalin dulu, setelah 14jam melahirkan Humaira barulah kami diketemukan... Waahhhh... betapa gembiranya perasaanku masa tu.. Dah laa Humaira ni overdue, dah cukup masa pun takmo keluar2 jugak sampai mommy dia kena induce.. sekali bila dah kelaur kitorang kena kuarantin plak sampai 14 jam.. Tapi tu lah pengalaman paling manis yang ku alami.. :)

Setelah hampir 5 bulan bergelar ibu, dan juga telah menyusukan Humaira dengan susu ibu, tiba-tiba minggu lepas production susu merudum giler sampai tak cukup nak supply ke Humaira di siang hari. Akhirnya terpaksa mengalah dan terpaksa laa beri dia susu formula... sedihnya rasa.. :( kecewa sangat2.. tapi saya tetap berazam untuk tingkatkan balik production dan percaya tak lama lagi Humaira akan kembali fully breastfeeding!

Nasib baik laa sepanjang menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu ni, Mr. Judge terlalu banyak bersabar menemaniku.. Tenkiu lalink for being such a great and matured hubby to me.. :) Yangg terus bersabar tau sampai bila2 sebab isterimu ini memang emotional and childish sket... hehe

To Humaira, Terima kasih yang tak terhingga mommy ucapkan kerana hadir dalam hidup mommy and abah.. mommy harap baby akan membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah. Baby kena jadi strong tau! Hidup ini terlalu banyak dugaannya.. 
Baby juga kena sama taste ngan mommy tau! nanti bila baby dah besar sikit kita makan laksa penang sama-sama eh ;)
Buat anak-anak yang diluar sana, hargailah kedua orang tua kamu selagi mereka masih ada.. wang boleh dicari, teman juga boleh dicari.. tapi ibu dan bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita tiada gantinya.. hanya satu di dunia ini.. 

Mommy amat menaruh harapan kepada baby agar baby dapat menjalani kehidupan yang baik dan sempurna seperti orang lain juga. Mommy berharap suatu hari nanti baby akan menjadi seorang yang berjaya di dunia dan juga akhirat dan mempunyai pekerti yang mulia... Hormatilah insan-insan disekelilingmu dan hargailah insan-insan yang telah bersamamu sejak baby dilahirkan.. :)

Buat gadis-gadis diluar sana, Yes zaman sekarang ni terlalu banyak godaan dan hasutan yang boleh menghanyutkan adik-adik semua. Apapun, ingatlah satu perkara ni, "Jangan sampai terhutang budi, takut kelak tergadai body.." :)




March 07, 2011

Production Merudum - Mission Failed!

Assalamualaikum...

Huaaa... Sedihnya rasa bila tiba2 je production susu merudum giler sampaikan tak cukup stok nak supply tiap2 hari untuk Humaira.. Akhirnya dengan keterpaksaan tanpa rela terpaksa laa juga bagi Humaira formula milk.
Tension je rasa. Sedih tau :(

March 02, 2011

InsyaAllah by Maher Zain

Lately rasa down sangat sebab production susu merudum giler sampaikan tak cukup stok untuk supply tiap2 hari untuk baby. Kecian Humaira :(
Then suddenly petang tadi while driving back, terdengar lagu ni kat Suria.fm, terus rasa bersemangat semula. Setiap kata-kata dalam lagu ni tersangatlah memberi kesan yang mendalam ke dalam hati ini dan rasa sangat-sangat bersemangat untuk meneruskan perjuangan ku ini.. InsyaAllah.. :)



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar


Mudah-mudahan niat ku ini akan dipermudahkan oleh Allah swt.. InsyaAllah...