February 24, 2011

Penyalahgunaan Bilik Penyusuan

Assalamualaikum..

Pernah tak korang alami situasi ni ataupun melihat adengan yang tak ingin kita lihat ni?
It's happened to me last 2 days.

Seperti biasa, hari Selasa baru ni, ku bawa Humaira untuk checkup kat Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. Al-maklum laa klinik gomen kan, for sure la ramai orang. So masa tengah tunggu turn tu, Humaira lapar so ku pun bawa la Humaira masuk bilik penyusuan untuk menyusukan dia. Alangkah sakitnya hati ku apabila ku masuk ke bilik penyusuan ni then tengok sofa full diduduki oleh wanita-wanita yang tidak menyusukan bayi. Mereka duduk disitu untuk tidur je.

And ada sorang wanita ni, dia dengan selambanya dok marking paper. I guess dia ni seorang pengajar la kot sebab tengok macam kertas jawapan budak-budak sekolah je.. Hmm kalau la betul dia seorang pengajar, I'm wondering camna dia mendidik pelajar2 dia kan sedangkan dia pun sedang melakukan kesalahan disini.

Ok berbalik pada cerita, disebabkan sofa yang disediakan telah penuh diduduki oleh orang2 yang tidak berkenaan, maka terpaksa laa ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka duduk di atas lantai. Huaaa sedih je tengok. Apa wanita-wanita yang duduk atas sofa ni takde rasa bersalah ke eh? Hmmm..

Di atas rasa tanggungjawab sosial (ceiiwahh ayat poyo! :P), ku telah pergi ke kaunter pertanyaan dan membuat aduan kepada nurse yang bertugas di situ. And nurse tu pon pergilah menunaikan tanggungjawabnya dan telah men sound wanita tersebut.. Hehe puas hati den.. :P

3 comments:

~AkMa~ said...
This comment has been removed by the author.
~AkMa~ said...

Kita pernah jugak nampak orang tgh tido kt kerusi situ tapi kita tak kisah sebab org tu preggy. Maybe dia penat. Tapi kalo duduk utk mark paper, memang melampau!

NanieKhairani said...

that lady to pun pregnant jugak laa.. tapi nampak sgt dia saja duduk situ utk wat keje dia bukan sbb nak tido or berehat ke...
then lepas tu lagi best, 2nd time kak khai masuk bilik tu, ada 2indian ladies dok lepak2 kat situ.. diorg tak pregnant and xde bawak baby pun.. hmmm...