November 22, 2009

De'Homme Beauty



"Tak kenal maka tak cinta" itulah tag line De'Homme Beauty-pusat kecantikan yg terletak di daerah Sepang... Produk yg digunakan adalah dari produk yg berkualiti dan 100% dari ekstrak tumbuh-tumbuhan.. sangat baik untuk kesihatan kulit kita.

bilik untuk rawatan juga sangat selesa dan menjanjikan ketenangan kepada pengunjung.. skali cuba mesti nak lagiiii... hehe.. cayolah cakap eden..(sbb sendiri penah wat spa kat sini.. bestt)

Banyak pakej yg ditawarkan di sini.. facial treatment utk bakal pengantin ada, pakej untuk whitening pon ade, pakej lepas bersalin dan pelbagai rawatan yg lain lagi...

untuk info yg lebih, layarilah website de'homme beauty di:
http://dehomme.webs.com

August 14, 2009

Kek Lapis Sarawak

homemade Kek Lapis Sarawak.. pelbagai perisa and freshly flying to you from Sarawak...
RM35 only for 3.6 x 8 inch






























antara perisa/jenis yang ada ialah : blueberry cheese, sisik ikan, horlick, coffee, strawberry and many more..
contact me to know how to order this yummylicious kek lapis..

-naniekhairani-

June 18, 2009

My Red White Wedding Cake


Kek untuk hantaran dari pihak pompuan.. Thanx to Kak Diana..
Rasanya sgt sedap... also look very beautiful.. :)

April 14, 2009

Are You GOing To Finish Strong???



I got this video.. very interesting n i'm glad to share with u guys..

there's a lesson for us from this video..

January 28, 2009

Kesan daripada boikot barangan Denmark

BERITA BAIK!

Harap anda mengetahui berita tentang surat khabar Denmark yang telah mempermainkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang hingga sekarang mereka langsung tiada kekesalan.

Semoga mereka merasa kekesalan mereka kali ini! Denmark ambassador, perdana menteri dan Denmark Channel semuanya cuba untuk hentikan boikot yang telah dilakukan oleh Muslim seluruh dunia sejak beberapa bulan lepas di mana sehingga kini mereka menanggung kerugian sehingga 2 BILLION EURO! Jika kita terus boikot DENMARK untuk 7 bulan lagi, mereka boleh rugi hampir 40 BILLION EURO!

Jangan biarkan mesej ini terhenti di sini sahabatku. Please forwardkan kepada seberapa ramai muslim yang ada.

January 20, 2009

Amalan mengelak dan menyembuhkan penyakit cara Rasulullah s.a.w

Assalammualaikum w.b.t

Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

January 15, 2009

Amalan Mencukur Rambut Bayi




AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.

kredit to: nummer zwei

January 09, 2009

Suara Yang di Dengar Oleh Mayat

Hi Friends.. i got this article from my friend.. it's good to share wwith u guys..

---****---

Assalamu'alaikum,

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad .... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan
....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan
...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung.
... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan
......Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat
....

terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan....
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...
.

Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman
,

"Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba- Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal....!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.

January 02, 2009

Apa yang Anda Perlu Tahu Pasal Duit ?

Anda barangkali kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit.
  1. Buat duit ?
  2. Berapa duit ada ?
Selalunya anda tahu macam mana nak buat duit. Iaitu mempunyai pendapatan. Mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan. Buat bisnes yang boleh berikan pendapatan sampingan.

Income

  • Dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income.
  • Dapat duit sewa dari rumah itu adalah income.
  • Dapat dividen dari saham itu adalah income.
  • Dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income.
  • Dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income.
Tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada ? Ia merujuk kepada …
  • Berapa simpanan dalam akaun bank anda?
  • Berapa nilai duit dalam Tabung Haji?
  • Berapa banyak duit dalam ASB ?
  • Berapa ringgit nilai saham yang anda pegang ?
Ia adalah

Aset

Kalau jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2,000 sebulan dan anda mempunyai RM 10,000 dalam akaun bank. Ia bermaksud anda mempunyai simpanan yang bersamaan kos kehidupan anda selama 5 bulan.
10 tahun dulu, anda membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 180,000. Sekarang pasaraya Jusco hanya 1km dari rumah anda. Nilainya kini meningkat menjadi RM 280,000. Tetapi disebabkan rumah nilainya tidak berapa nak cair (liquid), jadinya nilai RM 280,000 itu hanyalah anggaran sahaja. Duit dalam tangan anda yang sebenar hanya diketahui selepas rumah tersebut dijual.
Begitu juga dengan saham. Saham amanah. Selagi mana pegangan saham anda belum dijual, ia hanya berbentuk paper profit atau paper loss sahaja. Real profit atau real loss hanya bila anda jual pegangan saham anda.
Tetapi ramai orang selalu lupa satu perkara. Dan saya mahu anda untuk sentiasa ingat

Aliran Tunai (Cashflow)

Ini adalah komponen yang paling penting.
Yang menghubungkan antara buat duit dan berapa duit yang anda akan ada. Yang akan menentukan berapa banyak aset yang akan ada untuk tahun-tahun akan datang.
Buat duit banyak pun, tapi tidak jaga aliran tunai, maka akhirnya tidak akan ada duit dalam tangan.
    RM 10,000 (pendapatan)
    -RM 11,000 (perbelanjaan)
    (RM 1,000) (tiada duit dalam tangan)
Jadinya, aliran tunai anda adalah negatif.
Anda perlu jadikan ia begini
RM 2,000 (pendapatan)
-RM 1,500 (perbelanjaan)
RM 500 (duit dalam tangan)
Jadinya, aliran tunai anda adalah positif.
Dan cara yang termudah untuk hasilkan keadaan begini adalah pay yourself first.
RM 2,000 (pendapatan)
-RM 500 (duit dalam tangan)
RM 1,500 (perbelanjaan)
Amalkan sampai mati.
Jadi, sampai bila-bila pun anda tidak akan short duit pada hujung bulan. Malah, anda akan tinggalkan anak-anak anda dan isteri anda dalam keadaan yang tidak meminta-minta sebab simpanan anda mencukupi untuk mereka. Kalau sudah ada takaful maka mereka boleh dapat lagi lebih. Senang anak-anak nak sambung pelajaran ke universiti walaupun anda sudah tiada nanti.
Jadi, bila anda sudah faham. Maka bila nak terlibat dalam pelaburan hartanah maka anda cuma tiru formula yang sama.
RM 1,000 (pendapatan sewa)
-RM 750 (installment bank + kos lain)
RM 250 (duit dalam tangan)
Jadi aliran tunai untuk pelaburan rumah anda adalah positif.
Itulah jenis pelaburan yang mesti anda buat.
Untuk bisnes pula
RM 10,000 (jualan)
-RM 4,500 (kos bisnes)
RM 5,500 (duit dalam tangan)
Jadinya, bisnes anda akan terus maju dan maju. Sebab untungnya besar. Aliran tunai anda jaga. Tak perlu meminjam. Boleh guna duit yang ada dalam tangan untuk buat pelaburan bisnes yang lain macam nak tambah cawangan. Cawangan bisnes. Bukan cawangan lain ye..
Untuk saham
RM 10,000 (modal)
-RM 600 (dividen / keuntungan bersih selepas jualan)
RM 10,600 (nilai portfolio yang baru)
Jadi ini yang anda perlu tahu pasal duit.
Pendapatan.Aset. Aliran tunai.
Walaupun pendapatan anda kecil, tetapi anda jaga aliran tunai, maka aset akan akan terus berkembang.
Tetapi sekiranya anda berpendapatan besar sekalipun, tidak jaga aliran tunai, maka anda tidak akan ada aset.
Dan yang lebih baik adalah, anda ada pendapatan besar, jaga aliran tunai, maka anda akan jadi jutawan.
Amacam ?
Untuk situasi anda, apa yang perlu anda buat segera ?
Tambah pendapatan ?
Kawal aliran tunai ?
Atau kedua-duanya sekali ?