October 21, 2008

Menguap





Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala

kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil
tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita  menutup mulut
....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu..

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar
dihujung proses tersebut bunyinya pula  pelbagai...huargh. ....huh..
.haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap
ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya
ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat
menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan
..? astarafilullah. .! begitu rupanya...lalainya saya..

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah
mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguap
supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-
sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh
dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha
kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada
ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan.....

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

No comments: