October 21, 2008

Apa Itu Melamine?




Apa itu Melamine?

Melamine ialah bes organik yang terdiri daripada karbon,
oksigen dan nitrogen. Bahan kimia ini kali pertama dihasilkan
oleh Justus von Liebig pada 1830 yang kemudiannya
dihasilkan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.
Seperti yang kita sedia maklum, melamine merupakan
bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk
melamine. Selain itu, melamine juga digunakan untuk menyelaputi
permukaan plastik dan kayu.





Kenapa di campurkan pada susu formula bayi ?

Dipercayai pihak pembuat susu di China menambah air ke dalam susu bagi meningkatkan kuantitinya. Namun begitu, tindakan ini menyebabkan kandungan nutrien di dalam susu merosot. Oleh sebab itu, mereka mencampurkan melamine bagi meningkatkan kandungan protein di dalam susu tersebut.

Penambahan secara sengaja adalah untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Dalam menentukan tahap protein di dalam sesuatu nutrisi, kandungan nitrogen dijadikan ukuran.

Melamine mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang¬undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan¬Peraturan Makanan 1985.

No comments: