October 24, 2008

Lagu Buat Kieran (Era.fm)

Lagu ni dicipta khas oleh adi fashla & nana buat kieranto marcelo yg akan meninggalkan radio era..sob~~sob~~sob~~

Adakah kau tahu
Pastiku merindu
Gelak tawa mesramu itu
Kami terhibur selalu

Terpisah akhirnya
Kasih kita bersama
Tak mungkin kan kulupakan
Saat kita mesra bersama

Selamat tinggal kawanku (kawanku)
Moga kita bertemu
Walaupun kau jauh
Kami ingat kamu selalu (selalu)

Telefonlah diriku
Sms, mms, ym setiap waktu
Kurindu suaramu
Selamat tinggal wahai kawanku

one more time

Selamat tinggal kawanku
Moga kita bertemu
Walaupun kau jauh
Kami ingat kamu selalu (selalu)
Telefon lah diriku
Sms, mms, ym setiap waktu
Kurindu suaramu
Selamat tinggal
Selamat tinggal wahai kawanku
Oh Kieran..
Kawanku..
   

SEJARAH AYAT KURSI


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;

'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

October 23, 2008

Bored


Haishhh.. apesal la minggu ni rasa cam lambat sgt berlalu..huhu.. giler boring.. 




October 21, 2008

Menguap





Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala

kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil
tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita  menutup mulut
....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu..

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar
dihujung proses tersebut bunyinya pula  pelbagai...huargh. ....huh..
.haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap
ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya
ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat
menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan
..? astarafilullah. .! begitu rupanya...lalainya saya..

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah
mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguap
supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-
sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh
dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha
kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada
ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan.....

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Apa Itu Melamine?




Apa itu Melamine?

Melamine ialah bes organik yang terdiri daripada karbon,
oksigen dan nitrogen. Bahan kimia ini kali pertama dihasilkan
oleh Justus von Liebig pada 1830 yang kemudiannya
dihasilkan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.
Seperti yang kita sedia maklum, melamine merupakan
bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk
melamine. Selain itu, melamine juga digunakan untuk menyelaputi
permukaan plastik dan kayu.





Kenapa di campurkan pada susu formula bayi ?

Dipercayai pihak pembuat susu di China menambah air ke dalam susu bagi meningkatkan kuantitinya. Namun begitu, tindakan ini menyebabkan kandungan nutrien di dalam susu merosot. Oleh sebab itu, mereka mencampurkan melamine bagi meningkatkan kandungan protein di dalam susu tersebut.

Penambahan secara sengaja adalah untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Dalam menentukan tahap protein di dalam sesuatu nutrisi, kandungan nitrogen dijadikan ukuran.

Melamine mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang¬undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan¬Peraturan Makanan 1985.

October 17, 2008

Terjemahan Talkin

Terjemahan Bacaan Talkin.....


Salam..sahabatku sayang..bacalah artikel ini sebelum ia dibacakan pada kita ketika kita sudah di alam barzakh..tiada kesempatan lagi walau sesaat untuk kita kembali ke dunia pada waktu itu untuk bertaubat..Wallahua'lam Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.


Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur...

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya :

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.

Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

October 14, 2008

Aurat Seorang Muslimah



9 Kejelikan Fesyen Pemakaian Tudung Era 2000
  1. Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas di dlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!
  2. Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show …
  3. Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki…..
  4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..
  5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu…
  6. Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali…touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc….sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?
  7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak…ooo…saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!
  8. Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu …
  9. Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari…etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

p/s: sama2 lah kita saling ingat mengingati dan bermuhasabah diri agar sentiasa dipandang mulia di sisi Allah s.w.t (^-^)

October 13, 2008

Sedey






Lately i feel very unhappy... ntah laa..

Masak-masak

Hi guys.. when i stay far from family, i become to love cooking.. but when stay at home.. i feel very lazy to cook..dont know y.. mebi becoz got mom to do all the housework.. then i juz goyang kaki hehe.. besides my mom never ask me to do a housework.. hmm.. very kind... :)

here's one website that be my sifu in cooking.. i love to take those recipes inside this site.. because it is simple and also got many testi and comment from those who tried the recipes already..

http://www.myresipi.com/

tp memandangkan kat umah yg nani sewa skg, kitorg xde peti ais, so terpaksa la menyekat segala keinginan untuk memasak.. huhu too bad rite.. nk masak pon kena pilih2 resipi yg senang n didnt required much equipment yg pelik2..

pelik2??? apekah itu??
pelik2 here means cam pengukus, mikrowave, oven.. sume tu xde.. so kalau takat nak masak2 yg rebus2 ke, goreng2 ke, boleh laa.. hmm azam.. nak beli lah brg2 tu sume.. nant blh masak2 lagi best.. hehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sempena di bulan yg mulia ni, nani ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sume kengkawan.. jugak ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama ni ada tersalah atau tersilap kata yg menyinggung perasaan kalian..

* p/s: sorry laa lama xpost kt sini.. labtop dah xde..tu yg susah sket tu...